“Tidak ingin berjanji bulan dan bintang, tetapi saya berjanji untuk bekerja dengan khidmat terbaik demi rakyat yang saya wakili”.
Itulah yang ditegaskan Haslinda Salleh, Calon Barisan Nasional, (N.05) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Tambah Haslinda, melihat kepada situasi semasa ekonomi, politik dan sosial pada hari ini yang tidak stabil, beliau lebih menitikberatkan kebajikan pengundi-pengundi di DUN Tenang.
“Berikan saya peluang dan saya berjanji akan bekerja untuk masyarakat disini dan meneruskan apa jua perkara-perkara berbangkit yang ditimbulkan sebelum ini. Jika ada masalah yang belum selesai, Insya Allah, kita cuba bantu dan bekerja bersama-sama.
“Saya percaya, jika kita mendengar permasalahan rakyat dan cuba membantu, Insya Allah, tidak ada perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan bantuan dan sokongan semua.
“Saya cuba membawa anak-anak Labis yang berada di luar, yang ingin duduk di Labis dengan masalah penempatan kediaman dapat diselesaikan.
“Saya menyeru supaya berilah saya peluang untuk menjadi wakil rakyat di dalam DUN tenang ini, bekerja untuk mereka. Undi saya, InshaAllah saya akan berikan perkhidmatan terbaik nanti,” ujarnya.
Discussion about this post