Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil memberi peringatan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menipu berkaitan isu debat beliau bersama Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi posting di Facebooknya, Isham menyebut mengenai perjumpaan beliau bersama parlimen pembangkang, Fahmi Fadzil baru-baru ini bagi membincangkan hal berkaitan debat Najib-Anwar.
“Dalam perjumpaan itu, dia setuju untuk buat debat selepas raya, dan dia kata minggu kedua atau ketiga pun sesuai,” ujar Isham.
Beliau menempelak kenyataan dimedia yang mengatakan Najib mahu melewatkan debat kepada selepas raya, baru-baru ini.
Walaubagaimanapun Isham tampil memberitahu, debat dilakukan selepas raya merupakan persetujuan dari pihak PKR juga. Namun apa yang disampaikan pada media oleh Anwar bertentangan dari apa yang dibincangkan.
Anwar pula memberitahu media bahawa beliau dan PKR tidak bersetuju untuk berdebat selepas raya seperti apa yang diminta oleh Najib. Isham juga menarik nafas lega kerana beliau membawa dua saksi ketika perbincangan tersebut.
“Apa punya pusing orang PKR ini. Bulan puasa pun nak sembang. Bulan-bulan puasa ni tak baik menipu, YB,” tegasnya lagi.
Discussion about this post