Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican terus memberi sokongan padu kepada dua pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berjaya menempah tempat ke pusingan ketiga pecut individu lelaki Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu.
“You can do it Jijoe !
“Ganbatte Shah!” katanya menerusi catatan di Facebook.
Bagaimanapun, kedua-dua pelumba terbabit menempuh laluan sukar untuk layak apabila terpaksa berlumba lima kali, semalam termasuk dua kali memburu tempat menerusi repechage.
Azizulhasni kemudian berjaya menumpaskan Nick Wammes dari Kanada.
Shah Firdaus pula terpaksa beraksi dua kali dalam saingan repechages berkenaan selepas dia berlanggar dengan lawannya, Patryk Rajkowski menyebabkan pelumba Poland itu terjatuh.
Dalam perlumbaan ulangan semula Shah Firdaus tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Rajkowski untuk menempah slot ke pusingan ketiga, esok yang juga pertarungan Malaysia lawan Belanda.
Azizulhasni akan berdepan Jeffrey Hoogland manakala Shah Firdaus berdepan Harrie Lavreysen dan pemenang akan layak automatik ke suku akhir, manakala yang tewas perlu memburu tempat ke suku akhir menerusi repechage.
Discussion about this post