Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mengusulkan idea tentang usaha dalam membanteras isu buruh paksa ketika pertemuan beliau dengan Penolong Eksekutif Pesuruhjaya Perdagangan, Ann Marie Highsmith, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat baru-baru ini.
“Saya mencadangkan jalinan kerjasama antara dua pihak melalui penubuhan Jawatankuasa Kerja dalam usaha membanteras isu buruh paksa,” kata Saravanan melalui posting Facebook rasminya.
Saravanan berkata, beliau mencari peluang untuk mengadakan kerjasama dua hala dengan Kerajaan Amerika Syarikat agar syarikat di Malaysia tidak berterusan dikaitkan dengan isu buruh paksa.
Kerjasama yang boleh dilakukan ialah dengan bertindak awal mendapatkan maklumat sekiranya ada syarikat yang akan dikenakan sekatan ataupun syarikat yang berada dalam pemerhatian Jabatan Kasta dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.
“Tidak hanya itu, turut dicadangkan supaya jawatankuasa ini mengadakan pertemuan setiap tiga bulan sekali bagi bertukar maklumat dan mendapatkan perkembangan terkini,” ujar Saravanan.
Candangan untuk menjalinkan kerjasama antara dua hala ini juga mendapat sokongan daripada pihak US CBP dan menawarkan program-program kerjasama termasuk pembangunan kapasiti.
Discussion about this post