Fokus sesebuah kerajaan ialah mengenakan tekanan supaya penjajahan ditamatkan dan Palestin dibebaskan.
Kerajaan tidak perlu kutip dan menyalur derma kepada rakyat Palestin kerana sudah banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telahpun sekian lama menjalankan inisiatif tersebut malah mampu menggerakkannya tanpa campur tangan kerajaan.
Fokus sebuah kerajaan, terutama dalam tugasan yang ada kaitan dengan Timur Tengah, adalah untuk bersuara dan menekan kerajaan yang juga sekutu rapat dengan Malaysia seperti, Arab Saudi, United Arab Emirates, Bahrain dan Morocco yang baru menormalisasi hubungan dengan Israel untuk bertindak.
Selain itu, kerajaan Malaysia harus mengerah seluruh jentera diplomasinya supaya badan-badan antarabangsa dan kuasa-kuasa besar dunia mengakui bahawa kezaliman Israel adalah jenayah kemanusiaan yang boleh didakwa di mahkamah jenayah antarabangsa. – Datuk Nazim Rahman, Penganalisis Ekonomi
Discussion about this post