Saya selaku Setiausaha Agung UMNO juga Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap berpegang teguh kepada pendirian keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini tegas Datuk Seri Ahmad Maslan.
Katanya, pendirian keputusan Mesyuarat MKT UMNO sebelum ini iaitu untuk mengukuhkan Barisan Nasional, Memantapkan Muafakat Nasional ,tiada hubungan DAP serta tiada hubungan dengan pimpinan yang bersepakat dengan DAP seperti Anwar Ibrahim dan juga Tun Dr mahathir Mohammad ulasnya melalui ciapan di Twitternya hari ini.
Ramai pimpinan #UMNO,
Saya selaku SU Agung UMNO juga Presiden UMNO DS @DrZahidHamidi tetap berpegang teguh kpd pendirian keputusan Mesy MKT UMNO sblm ini iaitu:
Kukuhkan #BN
Mantapkan #MN
Tiada DAP❗️
Tiada hubungan dgn pimpinan yg bersepakat dgn DAP spt @anwaribrahim, Tun M
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) October 17, 2020
Beliau dipercayai mengulas mengenai laporan dari beberapa portal media yang mengaitkan sokongan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional serta Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Anwar ibrahim untuk membentuk sebuah kerajaan baharu bagi menggantikan Kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah sekarang ini.
Dalam pada itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menafikan pernah dimaklumkan mengenai dakwaan bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu.
Discussion about this post