Perhimpunan Agung Khas UMNO (PAU) yang diadakan pada hari ini menunjukkan Pindaan Perlembagaan UMNO telah lulus dengan sebulat suara semua ahli parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sewaktu ucapannya dalam majlis berkenaan bahawa dalam tempoh dua dekad yang akan datang, parti yang baru menyambut ulang tahun ke 76 itu menginginkan agenda-agenda Melayu dan Bumiputera terus dikukuhkan termasuklah agensi-agensi amanah Bumiputera.
“PNB, Tabung Haji, Felda, MARA dan Institusi pegangan ekuiti Bumiputera wajib menjadi agenda utama kerajaan tanpa tunduk dengan tekanan untuk agenda berkenaan dikesampingkan,” kata Zahid.
Zahid memberi penerangan mengenai isu yang dibentangkan ketika Debat Perdana diantara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim lalu, Syarikat yang pegangan ekuitinya disertai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Sapura Energy dimana terdapat lebih 10 juta pemegangan saham amanah, Amanah Saham Nasional ( ASn) turut mempunyai kepentingan mesti bantu.
“Sebanyak lebih RM5 billion telah dilaburkan oleh PNB. Syarikat itu menggaji lebih sepuluh ribu tenaga kerja dan lebih tiga ribu vendor terlibat tanpa menggunakan dana langsung kerajaan sebagai contoh PETRONAS sesuai untuk mengambil alih dan melakukan ‘turn-around’ sesegera mungkin,” tegas Zahid.
Dalam masa yang sama, beliau juga mengakui bahawa parti UMNO bersetuju untuk melakukan audit forensik wajib turut dilakukan agar ianya lebih telus.
Discussion about this post