AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Umno.
Pelantikan itu dibuat Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkuat kuasa, hari ini.
Ini berdasarkan surat yang dikeluarkan Presiden Umno kepada Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan.
Menerusi surat berkenaan, skop tugasan dan tanggungjawab sebagai Pengarah Piliharaya PRU-15 Umno itu akan dimaklumkan kemudian.
Ahmad Zahid percaya Tajuddin dapat memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab dalam membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam PRU-15 akan datang
Discussion about this post