UMNO dan PAS adalah tunjang kekuatan orang Melayu dan Islam. Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah! kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini
Berkongsikan hasil pertemuan diantara Presiden UMNO dan juga PAS hari ini Asyraf berkata Kedua-dua pimpinan tertinggi ini turut berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan MUAFAKAT UMNO-PAS dipertahan dan diperkasakan.
UMNO-PAS KEKAL MUAFAKAT!
Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden…
Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Friday, October 16, 2020
” Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang”
” Alhamdulillah pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam penuh dengan semangat ukhuwwah dan mahabbah.”
Biarlah apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya, yang pasti UMNO-PAS terus kekal muafakat !” ulasnya lagi
Tambahnya lagi antara kata-kata Tuan Guru yang begitu membekas di jiwa saya, “UMNO dan PAS adalah TUNJANG KEKUATAN orang Melayu dan Islam. Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah!” katanya lagi.
Dalam pada itu Hala tuju mengenai bentuk kerjasama antara UMNO, Bersatu dan PAS dijangka diketahui apabila Muafakat Nasional (MN) duduk semeja, Isnin ini.
Setiausaha Agung Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa melalui ciapannya di Twitter berkata beliau gembira apabila mendapat tahu wakil ketiga-tiga parti itu sudah pun memulakan rundingan.
“Insya-Allah Isnin ini MN bermesyuarat… kita doakan segalanya dipermudahkan Allah,” katanya lagi.
Discussion about this post