Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan pada 20 Oktober ini di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan dilakukan secara bersemuka dengan ahli-ahlinya.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu akan diadakan di sebuah lokasi di Pahang pada pukul 3 petang.
Katanya, perkara itu mengambil kira agar semua anggota MT dapat menghadiri mesyuarat secara bersemuka berbanding sebelum ini yang dirancang secara dalam talian.
“Jadi kami merasakan ia perlu dibincangkan dengan lebih teliti dengan mesyuarat berlangsung secara semula di sebuah lokasi di Pahang.
“Oleh itu, mesyuarat MT UMNO sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan dan akan diadakan pada Selasa ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Siswa di di sini hari ini.
Beliau sebelum ini memaklumkan Mesyuarat MT berlangsung esok bagi membincangkan keputusan Biro Politik UMNO berhubung pertimbangan menarik untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).
Discussion about this post