Saturday, October 23, 2021

UMNO tidak akan desak kerajaan adakan PRU15 – Tajuddin Abdul Rahman

Menurut Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, bagi tujuan itu, jentera pilihan raya parti di seluruh negara akan digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat.

BACA JUGA

PASIR SALAK: UMNO tidak perlu mendesak kerajaan supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat ini, lebih-lebih lagi ketika negara masih menghadapi wabak COVID-19.
Sebaliknya, tumpuan akan diberikan kepada usaha membantu rakyat mendepani pandemik itu.
Menurut Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, bagi tujuan itu, jentera pilihan raya parti di seluruh negara akan digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat.
Beliau berkata, sebelum negara dilanda pandemik COVID-19, sememangnya semua jentera parti diminta bersiap siaga menghadapi kemungkinan PRU15.
Tajuddin berkata, dengan keahlian 3.5 juta orang daripada 191 bahagian dan 22,000 cawangan di seluruh negara, UMNO boleh memainkan peranan yang cukup berkesan untuk membantu meringankan beban rakyat.
“Tetapi, apabila berlaku COVID ini yang semakin menjadi-jadi, saya telah berpesan kepada jentera pilihan raya untuk membantu rakyat.
“Maknanya kita fokus kepada membantu rakyat dulu, kita tak ada cerita nak pilihan raya sebagai mana yang kita harapkan itu. Kita tidak mendesak untuk diadakan pilihan raya. Desakan kita pada hari ini ialah untuk kita melakukan apa juga yang boleh untuk membantu rakyat,” katanya.
Tajuddin berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau program Bantuan Prihatin Rakyat secara pandu lalu di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen di Chenderong Balai, di sini pada Ahad.
Sementara itu, pada program Bantuan Prihatin Rakyat, Ahli Parlimen Pasir Salak itu menyampaikan keperluan makanan harian, termasuk ayam, ikan dan sayur-sayuran kepada 3,500 penerima dari golongan B40 di dalam Dewan Undangan Negeri Sungai Manik.
Mereka merupakan sebahagian daripada kira-kira 10,000 penerima yang terkesan ekoran PKP 3.0 di Parlimen Pasir Salak.

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

BERITA TRENDING

PILIHAN EDITOR

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist