Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menegaskan UMNO perlu fokus dengan menyusun strategi yang tepat dan jangan terganggu dengan penyusunan oleh parti politik lain.
“UMNO tidak boleh membuang masa, kita perlu fokus dan penyusunan strategi parti akan terganggu. Hadapilah apa keadaan pun,” kata Shamsul menerusi posting di Facebook rasminya baru-baru ini.
Beliau mengulas kenyataan tersebut selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu meneruskan kerjasama bersama UMNO melalui Muafakat Nasional (MN).
“PAS tidak ada masalah dengan UMNO dan masih berpegang kepada keputusan dibuat kepimpinan dan Majlis Syura yang konsisten dimana Perikatan Nasional (PN) kita mahu, PN pun kita mahu,” ujar Sanusi dalam satu kenyataan media baru-baru ini.
Shamsul menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sanusi merupakan kenyataan yang berterus-terang dan bertentangan dengan pendirian UMNO untuk tidak meneruskan MN.
Dalam masa yang sama, beliau berkata UMNO akan tetap berjuang demi agama, bangsa dan negara disamping mendekati rakyat yang akan bersama UMNO BN.
“Nak buat macamana, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 sudah buat ketetapan. No Anwar, no DAP, no BERSATU,” tegas Shamsul lagi.
Discussion about this post