Masyarakat di Johor diseru untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor kali ini agar kehidupan mereka terus maju dan sejahtera.
EXCO Puteri Malaysia, Nursabrina Sukardi berkata ia terbukti apabila selama 60 tahun dibawah pemerintahan kerajaan BN, pelbagai kebaikan telah dibawa kepada rakyat berbilang kaum di negara ini.
“Kita harap para pengundi dapat bantu calon dan parti BN dengan mengundi mereka pada hari mengundi nanti demi untuk kemajuan dan pembangunan di Johor juga.
“Undilah kepada BN jika mahu sebuah negeri yang terus maju. Kita dapat lihat BN lah yang banyak bantu rakyat selama ini parti-parti lain belum tentu dapat buat seperti nama kerajaan BN.
“BN ada pengalaman 60 tahun tadbir negara satu rekod yang baik dan sepanjang itu rakyat hidup dalam keadaan sejahtera,” katanya kepada BN Comms.
Nursabrina berkata aura calon muda yang ditampilkan BN pada PRN Johor kali ini dilihat bertepatan dengan aspirasi BN yang mahu terus membela golongan belia muda.
“Saya harapkan calon orang muda yang ditampilkan dapat membawa amanat, mandat memperjuangkan hak orang Melayu, golongan B40 serta masyarakat sekeliling agar nasib mereka sentiasa terbela.
“Dalam masa sama membawa pembangunan dan yang lebih utama merealisasikan semangat anak muda yang mahukan peluang pekerjaan diwujudkan dibawah kepimpinan wakil rakyat BN,”katanya lagi.
Discussion about this post