Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menzahirkan rasa penghargaan di atas undian yang diberikan pada beliau dalam Pemilihan UMNO 2023-2026 kali ini.
Beliau yang mendapat 178 undi kekal di tangga teratas sejak 18 Mac sehingga keputusan rasmi diumumkan hari ini sekaligus mempertahankan jawatan beliau sebagai MKT yang disandang sejak 2018.
“Penghargaan dan terima kasih yang amat sangat daripada saya kepada semua kerana menyokong hingga membolehkan saya mendapat 178 Undi sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO 2023 – 2026.
“Sebagai balasan pasti saya akan terus berkhidmat & setia kepada UMNO demi perjuangan yang suci ini. Terima kasih dan salam hormat dari saya,” kata Shamsul menerusi hantaran di Facebooknya.
Selain Shamsul, calon lain yang mendapat lima senarai teratas berdasarkan keputusan rasmi adalah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Seri Ahmad Maslan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Discussion about this post