Strategi UMNO untuk membuat penyatuan demi penyatuan agar pertembungan sesama sendiri antara UMNO dan PAS nampaknya tidak disambut baik oleh pemimpin-pemimpin PAS.
UMNO tegas memperjuangkan prinsip dan pendirian untuk tidak bersama PPBM yang merupakan agen PH yang dicipta Tun Dr Mahathir untuk memusnahkan dan menggantikan UMNO. Ketetapan ini selaras dengan keputusan PAU2020 yang lalu bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM.
PAS nampaknya sangat konsisten dalam politik menuju Putrajaya sehingga mengabaikan perjanjian atau piagam yang dibuat terlebih dahulu bersama UMNO dalam Penyatuan Ummah dan membentuk Muafakat Nasional sebelum Perikatan Nasional wujud.
PAS mahu UMNO berkorban sekali lagi dalam cita-cita ‘kesatuan ummah’ palsu yang tidak mungkin kesampaian sekiranya melibatkan satu pihak yang berdendam, tidak sabar dan teruja untuk memusnahkan UMNO.
Bagaimana mungkin UMNO tidak berakal untuk menghulur bantuan dan kerjasama dengan parti yang jelas ditubuhkan untuk memusnahkannya?
Lebih malang lagi buat UMNO, anggota-anggota PPBM adalah serpihan dari UMNO yang berdendam dan memusuhi parti keramat ini. Bagaimana mungkin sekumpulan yang benci dengan parti UMNO dan mahu menggantikannya ini boleh dianggap sebagai parti yang ikhlas mahu bekerjasama dalam satu pakatan ‘demi ummah’?
Sejarah akal budi dan tingkah laku tidak pernah menipu. Lihat sahaja
‘kemalangan-kemalangan’ (yang dianggap kecil) ketika PRN Sabah, lihat sahaja pembulian semasa rejim Mahiaddin berkuasa dalam kerajaan PN, lihat sahaja ‘pembelian jiwa’ pemimpin-pemimpin UMNO yang sanggup melawan Presiden sendiri demi mempertahankan kedudukan PPBM dalam kerajaan.
Mereka (PPBM) tidaklah bijak atau terlalu licik, tetapi segelintir pemimpin UMNO dan orang-orang yang memuja merekalah yang lemah akal dan rapuh jiwa sehingga mudah terkorban prinsip dan amanah.
UMNO MENGELAK BERENTAP SESAMA UMMAH, HULUR TANGAN- LEBUR.
KEUTAMAAN MEMBENAM PAKATAN HARAPAN, SEBALIKNYA KINI TERPAKSA LAWAN 3 PENJURU. RAKYAT NEGERI MELAKA PERLU MEMILIH CALON UMNO.
Puaslah hati pihak tertentu dapat memecahkan sekali lagi pakatan terkuat yang tidak terkalahkan dalam pilihanraya kecil sebelum ini.
Perikatan Nasional yang didambakan PAS belum tentu menemui keikhlasan dan kekuatan Muafakat Nasional yang didirikan atas keikhlasan,air mata,doa dan perjuangan demi ummah sebenar.
Rakyat perlu faham bahawa UMNO tidak pernah sesekali mengingkari dan meninggalkan penyatuan ummah malah sentiasa komited mencari jalan agar gagasan ini dapat dilaksanakan.
Namun, bertepuk sebelah tangan tidak kan berbunyi.
Mereka tiada niat berjuang. Mereka hanya mahu kemenangan PERCUMA atas usaha dan kerja keras ADUN UMNO sebelum ini.
Kerusi-kerusi yang PPBM mahukan kesemuanya kerusi strategik UMNO yang kuat akar umbinya.
PPBM tidak berminat untuk menang atas usaha sendiri kerana mereka sedar parti mereka sebelum ini dibenci orang-orang Melayu kerana mendokong ICERD,BERSIH dan menggadai aset-aset terpenting Negara semasa pemerintahan mereka di dalam PH dahulu.
Mereka hanya mahu UMNO lemah di Melaka. Orang-orang Melayu yang terkenal kuat jati diri tidak mungkin sewenang-wenangnya tertipu dengan permainan PPBM yang dahulunya menghina Melayu ketika di dalam PH.
Biarkan mereka. Kita ahli UMNO wajib mempertahankan tohmahan mereka yang mengatakan kita MENOLAK PERPADUAN. Kita hanya melindungi parti dan akar umbi dari dipijak,dihentak,disepak terajang dan dihancurkan oleh pihak yang memusuhi kita.
Adakah kalimah perpaduan hanya terpakai hanya untuk kepentingan mereka?
UMNO melalui BN telah menyatukan dan menguatkan perpaduan dari Sarawak ke Johor puluhan tahun lamanya dan masih berjuang ke arahnya.
UMNO juga mengikat perpaduan ummat Islam bersama parti PAS ketika PPBM bersama PH ghairah memecahbelahkan dan mencabar hak agama Islam dan Orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia.
Sekali lagi PPBM memecah perpaduan ummah dengan menubuhkan Perikatan Nasional dan menyebabkan piagam Muafakat Nasional rebah.
Namun UMNO pula dituduh menolak perpaduan?
Ahli-ahli UMNO sekalian,
Kita kenal diri kita. Kita tahu prinsip dan perjuangan kita. Tidak perlu orang lain memandai-mandai mengarah dan menetapkan hala tuju kita.
Ayuh kekal fokus dan bergerak ke hadapan.KITA MESTI MENANG!
Discussion about this post