Sempena sambutan Hari Nuzul Quran, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan umat Islam agar tidak meninggalkan amalan membaca Al-Quran.
“Walau sesibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, kita tetap diperingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-quran.
“Membaca al-quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT, jadikan al-quran sebagai panduan didalam perjalanan hidup kita insyallah,” kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu menerusi catatan di Facebook.
Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.
Discussion about this post