Wanita Barisan Nasional (BN) mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN di atas kepercayaan meletakkan calon-calon baharu termasuk di kalangan wanita untuk mewakili gabungan ini pada Pilihan Raya Umum (PRN) Johor.
Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, keberanian BN meletakkan 70% calon baharu menunjukkan betapa BN mementingkan perubahan demi memastikan kemenangan pada PRN Johor ini untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil.
“Ini sekali gus selari dengan tema kempen BN pada kali ini iaitu untuk memastikan Kestabilan Masa Depan.
“Sudah semestinya, Wanita BN akan memberi komitmen penuh untuk memastikan kemenangan bukan sahaja calon wanita, tetapi semua calon Barisan Nasional yang bertanding. Insya-Allah,” katanya.
Beliau berharap segala perjuangan BN yang sentiasa komited untuk berjuang demi rakyat akan mendapat rahmat dan restu dari Yang Maha Esa.
Discussion about this post