Ketua Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya, Norkhaila Jamaluddin mengambil pendirian untuk menyokong keputusan yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menarik menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.
Norkhaila berkata, sebagai ahli UMNO beliau perlu akur dan mematuhi keputusan itu konsisten dengan pendirian parti berkenaan.
“Saya berpendirian dan mengambil ketetapan selaras dengan keputusan yang di ambil oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bermesyuarat pada 3 Ogos.
“Keputusan yang dibuat juga selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO untuk mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan Raja Berperlembagaan.
“Raja dan rakyat berpisah tiada. Institusi Raja merupakan payung negara yang melindungi rakyat,” katanya kepada BNCOMMS.
Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya konsisten dan menyokong penuh keputusan MKT yang mengambil pendirian berpihak kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Discussion about this post