Wanita UMNO Setiawangsa menghormati keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Ketuanya, Seriwani Sabtu berkata perletakan jawatan Ahli Parlimen Parit Sulong itu selaku Menteri Pengajian Tinggi adalah satu pengorbanan yang amat besar. Hal itu jelas membuktikan kesetiaan beliau kepada parti UMNO.
Tambahnya, Noraini wajar dijadikan contoh kepada kepimpinan wanita bukan sahaja di peringkat Bahagian malah seluruh negara.
“Pengorbanan dan kesetiaan Datuk Seri Noraini kepada parti tercinta ini akan moga menjadi teladan kepada kami, Wanita Setiawangsa dan seluruh kepimpinan.
“Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan dalam mengemudi Wanita UMNO Malaysia dalam apa jua keadaan sekalipun, ‘we are proud of you’ !”katanya kepada BNCOMMS.
Beliau juga berharap semua pihak bersama-sama meneruskan usaha memperkasakan kekuatan UMNO agar terus relevan dalam menghadapi PRU-15 akan datang.
Sehubungan itu, Seriwani juga mengingatkan sebagai tulang belakang parti, Wanita UMNO perlu terus fokus menggembleng tenaga memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dalam menghadapi pandemik Covid-19.
Discussion about this post