Wah. Nampak seronok ye. Benarkah saudara saudari minum bir di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) soal Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan tular video sekumpulan individu yang sedang menjalani kuarantin meminum minuman beralkohol di Pusat Kuarantin baru-baru ini.
Ujarnya Kita kena hormati “frontliners” kita yang bertungkus lumus membantu kita.
” Saudara saudari yang saya kasihani. Saudara saudari mungkin seronok. Tetapi penghuni lain mungkin kurang seronok ” tegasnya lagi.
Beliau turut merayu agar mereka yang terlibat bersifat sensitif dan prihatin tatkala berdepan dengan dugaan ini.
” Saya rayu kepada saudara saudari marilah kita saling prihatin dan sensitif sesama kita tatkala berdepan dugaan ini.”
Saya mendoakan saudara saudari dan semua yang lain di situ segera sembuh daripada Covid-19.
Selepas sembuh bolehlah saudara saudari pulang ke rumah untuk minum apa sahaja.
Saya cuma sedikit musykil jika benar kejadian itu, bagaimana bir itu boleh terlepas masuk PKRC soalnya lagi
Discussion about this post