Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar China, Ouyang Yujing yang datang ke Malaysia dan pertemuan tersebut diadakan di Ibu Pejabat UMNO.
Pertemuan tersebut yang diadakan lebih daripada satu jam membincangkan mengenai hubungan yang terjalin antara UMNO, Barisan Nasional (BN) dengan negara China yang telah pun mencecah ke 48 dan juga membincangkan berkaitan isu-isu semasa.
“BN akan memulihkan keyakinan pelabur asing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita perlukan negara sahabat sebagai sokongan,” kata Zahid Hamidi dalam satu kenyataan pada media.
Dalam masa yang sama, Zahid Hamidi berkata pertemuan itu turut menyentuh mengenai peranan Malaysia yang merupakan sebagai salah satu rakan dagang utama China dalam kalangan negara Asean walaupun ketika ini dunia telah dilanda pandemik Covid19.
Kata Zahid Hamidi, hubungan yang terjalin antara China dan Malaysia juga perlu mematuhi sentimen diplomatik serta sensitiviti demi menjaga kesejahteraan rantau.
Pertemuan tersebut diakhiri dengan pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan sesama mereka.
Discussion about this post