Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan dan menafikan cek RM6j uta yang diterima daripada syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd bukanlah rasuah tetapi ianya adalah sumbangan politik ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Beliau yang menafikan tuduhan itu ketika perbicaraan yang diadakan di mahkamah hari ini mengatakan cek itu juga merupakan upah sebagai Menteri Dalam Negeri kerana melantik Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB ) untuk melaksanakan Perolehan Pembekalan Cip Pasport (Kontrak Polycarbonate) untuk Jabatan Imigresen Malaysia.
Seperti yang beliau pernah katakan sebelum ini, cek yang diterima itu adalah sebahagian daripada amal jariah yang digunakan untuk yayasan beliau sendiri iaitu Yayasan Akalbudi dan keterangan yang di keluarkan oleh dua bekas pengurusan tertinggi DTBS di mahkamah juga tidak ada menyatakan cek berkenaan merupakan rasuah daripada syarikat tersebut supaya dilantik melaksanakan Kontrak Polycarbonate.
“Saya ingin menegaskan bahawa keputusan untuk melantik DTSB adalah bukan keputusan daripada saya. Saya tiada ada kuasa untuk membuat keputusan akhir kerana ia di bawah bidang Kementerian Kewangan.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa berdasarkan proses yang dijalankan Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia, penganugerahan projek Kontrak Polycarbonate kepada DTSB adalah teratur dan menurut prosedur yang ditetapkan.
“Saya menyatakan bahawa semua prosedur sudah dijalankan dengan sempurna oleh pegawai-pegawai saya di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan diakui Kementerian Kewangan sebelum Kontrak Polycarbonate itu dianugerahkan kepada DTSB,” katanya Zahid dalam satu kenyataan beliau di mahkamah.
Tuduhan yang dikenakan keatas beliau menyatakan, Serana Kencana mengeluarkan cek yang diterima olehnya daripada bekas Timbalan Pengarah Urusan DTSB, Chew Ben Ben adalah upah kerana beliau melantik DTSB melaksanakan Kontrak Polycarbonate.
Namun, Zahid menyatakan sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, Jeneral Tan Sri Dr Mohamed Hashim Mohd Ali iaitu bekas Pengarah DTBS ada mengemukakan surat ‘Permohonan Untuk Membekalkan Cip Pasport Selama 5 Tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam Halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia Kepada Kerajaan Secara Rundingan Terus’ dan Sarana Kencana merupakan milik Mohamed Hashim dan juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datasonic Group Berhad serta bekas Pengarah DTBS, Datuk Abu Hanifah Noordin.
Ketika disoal oleh peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Zahid menegaskan beliau sudah mengenali Mohamed Hashim yang ketika itu Panglima Tentera Darat lebih daripada 20 tahun dimana ketika itu Zahid masih menjadi Setiausaha Politik Menteri Pertahanan dan bukan kerana pembabitan dalam perniagaan.
Kontrak rundingan yang dikemukakan oleh Mohamed Hashim yang membabitkan Arahan Perbendaharaan dan perolehan dalam Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan yang akan menentukan rundingan terus dianugerahkan kepada mana-mana syarikat yang membuat permohonan dan perkara ini perlu diputuskan di peringkat Kementerian Kewangan dan bukan melalui peringkat Perolehan Kementerian Dalam Negeri.
Dalam masa yang sama, Zahid menyatakan bahawa Ben Ben yang menjadi saksi ke 34 pendakwaan dalam keterangannya juga tidak pernah pada bila-bila masa mengatakan cek berkenaan adalah berupa satu upah atau rasuah daripada DTBS bagi dilantik melaksanakan Kontrak Polycarbonate dan menekankan cek tersebut diberikan kepada Tetuan Lewis & Co serta dimasukkan ke dalam akaun pelanggan firma guaman terbabit yang mana ia adalah sumbangan politik kepada beliau.
Discussion about this post