Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada pengguna jalan raya agar tidak bertindak melulu seperti ‘bercakaran’ sekiranya berhadapan dengan situasi kemalangan.
“Nasihat saya, jika berlaku kemalangan sekali pun serahkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan,” tegas Zahid menerusi posting di Facebooknya.
Beliau mengulas isu ini berikutan baru-baru ini tular video seorang pemuda yang memukul orang tua di tengah jalan berikutan berlaku salah faham atas jalan raya antara mereka.
Zahid menegaskan tindakan untuk bergaduh seperti itu tidak akan membawa sebarang kebaikan mahupun penyelesaian malah akan mendatangkan kesusahan yang lebih lagi.
“Saya percaya tiada sebab untuk mana-mana pemilik kenderaan berkelakuan agresif apabila berlaku salah faham di atas jalan raya,” kata Zahid lagi.
Dalam masa yang sama, beliau juga menyentuh manfaat insuran kereta yang ada bagi melindungi kenderaan dan itulah kegunaannya untuk situasi kemalangan.
“Kesabaran, hormat-menghormati dan bertolak ansur antara aspek terpenting ketika menggunakan jalan raya,” tegas Zahid.
Discussion about this post