Selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak, Pengerusi Barisan Nasional Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon pendapat rakyat mengenai pengumuman KWSP itu
Melalui Status di laman Facebooknya,Ahmad Zahid berkata ” i-SINAR bakal menyinari atau sebaliknya..???
Pendapat anda bagaimana??? ” dan sehingga kini ribuan rakyat telah menyatakan pendapat mereka yang rata-ratanya kecewa dengan syarat-syarat yang telah dikemukakan KWSP itu
Selamat pagi semua.
i-SINAR bakal menyinari atau sebaliknya..???
Pendapat anda bagaimana???
Posted by Zahid Hamidi on Wednesday, December 2, 2020
KWSP di dalam pengumumannya malam tadi telah membahagikan pencarum yang layak untuk kemudahan i-Sinar kepada dua kategori.
KWSP dalam kenyataan berkata, bagi Kategori 1, mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Katanya, bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.
bagi Kategori 2 pula, ia meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
“Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.
“Jika dokumen tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan,” katanya.
Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Sementara itu, jumlah kelayakan i-Sinar adalah bergantung kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini kata pengumuman itu lagi.
Discussion about this post